Tuesday, May 6, 2008

Batu Dam- 19.04.08

Batu Dam well known for the most riders in Klang valley. Have the authentic value of the scenery, muddy, single track downhill, climbing of course, leeches and lots more.

Lebih kurang 12 riders and majority of them doesn't try the trail yet, for me it was something like my playground during childhood history. Cuaca pada ari tu..hujan and lembab., Sampai jer kat pagar dam..aku da basah kuyup.
Part of rider dah excited nak ke trailhead. romzi..ofis mate aku da separuh nyawa waktu tu..I just pump him a motivation to proceed and enjoy the ride. The rest have leaved me behind and ari tu aku jadi sweeper la. ikut plan memang aku kena lead the trail but tak per laa.. Mizi and Azmi yg guide them.

30% of the trail da tak mcm dulu. byk yg da flooded so it cut off the temptation to show to the newbies, for me i really frustrated sebab kurang MARI lerrr.

I told mizi to wait for me at 1st stream, and we decided to follow clock wise trail and it
was more rideable for noob.

Aku tgk romzi and mior (fren of red) penat giler..... aku tau paras gula Rom da kurang..nasib baik aku bawak air sirap...

Aku tinggalkan diorg and try chase the other group member yg kat depan...Aku jumpa Azmi, syed, aznam....lepak sambil tunggu group yg kat belakang.. seperti biasa power stick dinyalakan...

We reached at the 2n river at 11.00.. Biasa ler kalau bawak org baru sure lambat sikit...

Lepak for half an hour..kite downhill to cmplete one loop.

Unfortunately, the trail for looping dah tak accessible for riding sebab ada landslide and org curi tanah. dah jadi mcm gaung... and agak sukar tuk melepasi..

So there one way to go....ikut riverstone..and tarmac to RV....

sampai dlam 1.30 kat bawah..and so frustrated sebab tak dapat nak bawak newbies ni the best part of Batu dam...

Tapi aku dgr..diorg ni enjoy sgt batu dam...( diaorg blom tgk yg enjoy lagi..)




PutraJaya Critical Mass 25.04.08

hSebagai pembuka bicara, ucapan terima kasih bebanyak kepada riders yg dgn sukarelanyer melibatkan diri dlm kritical Mass pada malam tu. Lebih kurang 30 riders semua nyer...Tak sangka gak sambutannyer...

Jam 2115, kebanyakan rider da mula berkumpul di hadapan pintu utama JPM bersebelahan masjid putrajaya. Beberapa riders yg aku kenal dan yg aku tak kenal mulalakan seisi bersalam-salaman sebagai tanda perkenalan semula..Sorry lerr aku tak dpt ingat semua rider yg ade....yg aku ingat mcm Fauzan (GLC member...Kelolo dia ni baru nak daftar), Hafiz n wife dr mantin, Iron horse, hokage, red and fren, kay, Young kedai beskal, Andy @lordie n daphnie, bro-bro yg aku tak ingat nama2nyer..Sorry yekkk ingatan terhad 256Mb jer hehehe)

KAyuhan dimulakan pada jam 2145 selepas semua bersiap sedia dgn blinker and front light cat eye.Aku mcm biase lampu kelip2 pasar malam jer..Mlm tu kayuhan memang santai..melintasi bangunan kerajaan yg menjadi mercu tanda Putra Jaya...Block C dan Block D. Memang ramai crowds pada mlm tu, dan aku tahu dalam hati mereka tersemat satu perasaan yg tak bisa diluahkan kire-kire mcm ni la( WA BEST NYER...RIDE MEMALAM MCM NI...BANYAKNYER AWEK...MCM NAK JOIN JER.- yg lelaki nyer isihati la.) kalau yg perempuan lak ( WA MACHO NYER ABG2 NI..KAKINYERRR ERMMM..MACAM NAK JOIN HA?)

Kayuhan santai dgn kelajuan 17-20km/h diteruskan.dan terus melalui PICC (Putrajaya International Conventional Centre).Memang cantik lla putrya ni..kena lak suasana cuaca yg cool ditaburi bintang-bintang dan angin sepoi2 yg sempoi.

Aku dapat perhatikan beberapa rider berbual sesama mereka, gelak-gelak..sesekali cuba menunjukkan skill memassing..dan yg pasti suasana memang dibawah kawalan dan selian yg bagus.. Aku tabik lerr semua rider yg involve sebab mentaliti mereka sama mcm mentaliti org eropah,,,malah lebih bagus sebab tak suka meludah dan membuang hingus merata-rata.

Dalam bebanyak rider ni ada sorang brader ni pakai tricycle..caya lerr... Bro ni namanyer ............. ( tolong fill in kannamenyer) memang aku kagum sebab dia ni datang dari jauh..................... (dr mana tolong fill in kan) sangup bersantai ngan budak2 muda..semata-mata nak menghidupkan suasana critical mass pada malam tu. Dia kata teringat masa Critical MAss kat San Fransico..tapi lebih hebat...Aku kata ngan dia tak per bang... lepas ni buat lagi hebat dr San fransisco Coffee.. dia sengih (sewel ape budak ni)

Kayuhan diteruskan menuju ke alamanda..dan sesetagh rider mula breakaway...masa tu baru 8km. Yela fitness level tak sama kan... tapi sesetangah rider yg budiman mula me recce balik rider yg tertingal.. Ye sadara kite dr matin....berada dibelakang selepas apai@sweeper mengetemukan mereka dgn group yg kedua. Group peloton dan mula lepak kat atas bukit menantikan group ke2 tuk re-join.

Rehat bersama Kit Kat dan 7-up revival, ditaja khas oleh sedara kiter yg aweknyer naik beskal...tapi owner beskal naik kete. Mr..............(fill in the blank) sudi menaja minuman dan mkn tuk semua riders.Memang aku respek lerr group kali ni
Aku sempat berbual ngan brader dr Kajang En..................dr kajang bersama beskal roadi ORBEA dan anak pompuannyer.. caya lerr brader..dia kata enjoy gak sesekali buat mcm ni.

Kayuhan diteruskan....Firdaus mengepalai group. Malang memang tak berbau... Firdaus jatuh tergolek..hidung n muka menyembah bumi akibat terlanggar batang besi n batu kecik ditgh jln ( aku cuma diberitahu ole pelapor di tempat kejadian sebab amasa tu aku kek belakang sekali tgh hisap rokok) cedera nye amat ringan sebab darah yg mengalir skit... alignment gigi dan hidup tak lari... siku dan lutut darah skit jer.) ok ler kot..

Selepas melintas alamanda yg tersergam indah...kayuhan diteruskan menuju ke RV iaitu di dpn JPM kembali. Pecutan dan Henjutan dilakukan semata-mata tuk menunjuk star masing-masing...Peduli ler ngan diorg janji semua happy. Tepat jam 2330, semua rider selamat balik kepangkuan masing-masing dan Pak guard kat situ dah mula tunjuk belang dgn menghalau kiteorg balik. Baik bang...kite da nak balik ni...lagi pon kite org tak bawak katil nak tido sini..celah seorg rider.

Seperti biasa post ride meal.. di double trouble. Kay cakap...jumpe kat sana. aku ngan confidentnye..orait kay ( mcm aku tau mamak double trouble) aku pon jadi guider lerr konon nak lepak kat mamak yg Kay maksudkan tu... Tapi we r in deep trouble. rupenyer bukan kat double trouble tapi mamak lain... mknan da order. i told daphnie just inform Kay that we at the wrong mamak... la...

mkn minum sampai jam 0200 pg.

sekali lagi taniah kepada semua riders. Photo or pic pls download ler..aku takde gambar yg cun sebab phone masuk air..so gambar pon mcm segan jer nak appear dlm screen aku....

Jumpe lagi

GLC- member

GLC-Kayuhan Ops! Beskal- 02.05.08

Suatu ptg di kedai samy.

"Bro .beli ape?...Saje tgk2 nak kaye kan samy ni....bla bla bla..Malam ni mcm nak kayuh jer....Aku on jer..ape2 ko sms aku ler....bla bla bla bla bla......ok aku on..(Perbualan antara aku ngan Is)

Malam ni..bole diiktiraf gak leer sebagai kayuhan GLC- cuma kali ni melibatkan GLC komponen Batu Caves yg dihadiri oleh Mukris , Pak Abas dan Aku. Is plan jumpe kat umah aku pada jam 10. Kelibat mereka memang tepat pada jam 10. ( ni kena dijadikan displin)....hehehehehe....Pada semua GLC yg lain...

MLm ni kita plan utk santai ke KL..aku seperti biasa lampu kelip2 pasar mlm, begitu juga yg lain..tapi cateeye ler.
Kayuhan dimulakan di hadapan Batu caves temple menuju ke Sentul melalui taman koperasi polis.Mlm ni memang tenang dgn keadaan cuaca 27 degree dan agak rendah humiditynyer. Laluan trafic berjalan tenang cuma sesakali kelihatan kelihatan kereta di mandu laju.

Melewati Sentul, Tasik titiwangsa menanti..Kelihatan byk kereta-kereta rosak yg tersadai di kawasan parkir yg gelap...Kesian kereta baru baru dah rosak tapi..kelihatan sedikit gegaran..pada sesetgh kereta..Mungkin ada pomen sedang keje overtime pada mlm tu kot..Kami hanya berkayuh dan terus kayuh..meninggalkan ruang yg tak berapa indah pada mlm tu.

KLCC menjadi haluan seterusnye, menuju ke Bukit Bintang..Pelik...mlm ni takde kereta.. jln lengang, tak seperti selalu.
Mungkin warga kota byk mengabiskan cuti berganda ni keluar kota..Dr BB, konvoi diteruskan ke Jln chulan , Jalan Ampang...dan setrusnye merapati Makamah Tinggi.. Kat sini jam yg amat teruk..akibat operasi.. tahan motorsikal. Aku dpt tgk sebanyak 6 lori DBKL dah stanby tu bawak mangsa ke Balai polis jln Bandar.

Kite seperti biasa,,,berlegar-legar disekitar kawasan operasi sebab...saja jerr nak kasi diorg tahan kite..tapi ape kan daya....Ops!..Kite bawak beskal jerrr...mana bole tahan.HEHEHEH..

Selepas mengena sebatng power stick..kat Datran Merdeka..Seterusnyer..kite org ke Tasik Perdana yg masa kecik2 dulu mak aku selalu heret aku dari Kg baru ke Lake Garden sebagai acara mingguan berjalan-jaalan di kota. Is dan Pak abas memang steady... Pak Abas ni memang glamer di kalangan warga kota..termsuk lerr beberapa polis yg tgh buat operasi....
....Mungkin sebab dia ni kaki reformasi dan dah selalu sgt kuar masuk balai..semburan watercanon ( canondale) .ISA..dan sebagainyer masa zaman hitam Anuar Ibrahim

Selepas tasik perdana...acara..minum2 mkn di kecapi di kedai mamak kat masjid india... selepas lebih kurang 1 jam...Kite berpakat tuk balik ke rumah...

Kayuhan balik...sama mcm tadi cuma keaddaan kete yg makin kurang dan...cool beb...

Memang tiap kali kayuhan..sambutan yg aku tgk memang happening....dan aku pasti revolusi berbasikal ni akan bermula tak lama lagi sebab cara lirikan anak mata yg memerhati tu , tersemat suatu...idaman yg mencetuskan dambaan yg meronta tuk bersama..berbasikal pada waktu mlm..

average speed mlm tu cuma 17-20km/h dan 40 km telah menjadi sasaran...dan kami bertiga...meraasa puas..bile dpt berkayuh santai mcm ni...

Kepada Yg berminat..bole lerrr berkayuh ngan kami....Segala maklumat boleh didapati disiini..ok

GLC- :bike:........shaque for jomkayuh.com

GLC- Kayuhan Antarabangsa

Gombak Lame Cylcists (GLC), yang baru ditubuhkan secara mendadak dan kelamkabut, diam-diam dah buat 2 nite ride. Kali pertama dari Gombak ke Selayang Hot Spring pada minggu lepas, Jumaat 18/04/08. Dan semalam, 24/04/08, telah mengorak langkah sehingga peringkat antarabangsa. Tak percaya?

Kayuhan semalam disertai oleh 2/3 bilangan ahli (2 daripada 3 orang :mrgreen: ). Dino tidak dapat ikut serta kerana urusan lain. Rugi besarlah Dino....Bermula dari Dataran Sri Gombak, pengayuh handalan ini, berbekalkan lampu kelip-kelip dan lampu kepala yang diubahsuai dari lampu LED pasar malam, telah memulakan kayuhan pada 9.30 malam.

Laluan awal adalah Jalan Gombak melewati Greenwood seterusnya membelok kanan pada Simpang Tiga. BC telah membawa Shaque melalui kawasan elit Taman Harmonis untuk melihat rumah-rumah yang tersergam di situ sambil bermain-main laluan dakian kecil.

Dari Taman Harmonis, BC menghidangkan dakian (bukan daki tau) kepada Shaque yang memang pelahap mendaki. Bukit Taman Perwira diratah dengan lahap sambil borak-borak kat henpon saja. Melihatkan itu BC rasa tercabar lalu menambahkan lagi sajian mendaki ke Taman Setia. Mencungap jugak laaaa...Tapi Shaque masih steady. Chehhhh...

Dari Taman Setia beredar ke Taman Melati juga masih dalam mood mendaki. Cuma mujur dakian tidak curam menuju ke simpang MRR2. Terus menyusur laluan MRR2 ke Melawati pada kelajuan chain ring besar + cog kecik. Jarang-jarang dapat peluang macam ni kalu masuk off road. Merasa jugak chain ring besar tu bekerja...

Sampai persimpangan MRR2 - Jln Genting Kelang, kami lipat kiri masuk ke Melawati dengan kayuhan santai. Santai sekejap saja sebab selepas belokan pertama di depan Sekolah Antarabangsa, bukit menanti di depan. Tapi sebab jalan gelap, tak la berapa nampak sangat. Tiba-tiba saja rasa berat...Oooo...mendaki rupanya. Seronok kayuh malam pelan-pelan ni. Dalam dok pulun kayuh, terpaling ke kanan dan nampaklah bertaburan segala macam jenis lampu dari Bandaraya Kuala Lumpur. Dari lampu limpah (floodlight, lampu neon, lampu kalimantang dan bagai lagilah. Yang tak nampak cuma lampu minyak tanah...

Dah sampai puncak, biasa la, turun pulak. Tengah syiok dunhill separuh jalan kena belok kiri. Naik lagi! Killer punya climb. Kalu siapa biasa ride Bukit Yusof Haslam musti tau climb ni. Steep climb dua fasa. Perghhhhhh! Sebaik melewati rumah Yusof Haslam, kena meronot bawah palang jalan. Bontot ke belakang belakang saddle laaa...Elok lepas lipat kuang nak lalu bawah palang tu, Shaque terjerit sekejap kedian berhenti. Rupanya, lepas off saddle tu, dia tak leh panjat balik sebab seatpost setup road tinggi giler. Tak boleh panjat balik...Nak gelak ke tak nak gelak?...Jalan gelap sebab jarang dilalui. Hanya diterangi lampu suluh kepala cap ayam pasar malam...

Turun dari situ, belasah ke Melawati manghala ke Zoo Negara. Kayuhan diteruskan melalui MRR2 dengan keriuhan dan deruan trafik laju kat MRR2. Ada kemalangan berlaku di situ. Sorang mat motor dah terbaring atas jalan. Kami jadi seriau nak berenti terus kayuh kedian belok kiri ke Ukay Perdana. Kedian belok kanan ke Bukit Antarabangsa. Terus mendaki dengan mencungap-cungap. Shaque nampak cool n steady saja. Bikin satu loop kat situ dan keluar kat Giant/Petronas. BC dah tak tahan...perlu berenti. BC bagi isyarat berenti sambil jerit kat Shaque..."Penat weeeiiii...!!!". Shaque jawab balik "Laaa...ingatkan ko tak tau penat. Akupun penat jugak...". Tau penat jugak rupanya Shaque. So, GLC berehat kat Stesen Petronas Bukit Antarabangsa. Penat, peluh berjeruk tapi puasssss.....

Haaa...perasan tak kenapa ride tu dinamakan ride antarabangsa? Bukan sebab mendapat pengiktirafan UCI, bukan jua sebab ada penyertaan antarabangsa tapi...sebab kami lalu dua tempat "antarabangsa". Satu sekolah antarabangsa, satu lagi Bukit Antarabangsa. Kui...kui...kui...

Lepas rehat 15 minit, kami turun balik Bukit Antarabangsa, lalu balik jalan Ukay Perdana masuk ke Keramat. Kemudian melibas masuk ke Wangsa Melawati. Jerih jugak memanjat bukit depan Carrefour. Sambung lagi deraan dengan bukit-bukitan sekitar Wangsa Maju.

Dari Wangsa Maju melajak balik ke Taman Melati. Kemudian masuk ke Gombak Setia langsung balik ke Jalan Gombak. Mujur jalan balik ni lebih memaafkan. Kebanyakannya landai lagi rata. Dari jalan Gombak, menyimpang masuk ke Greenwood lalu singgah kat Kedai Zed tomyam. Minum kopi ngan nasik lemak...Jarak di situ tercatat pada komputer Shaque 35km...Perrrrgghhhh...patutla penat. Tu baru kayuh main-main tu. Biasala bila dah melepak kat kedai kopi, macam tak ingat balik. Dekat kol 12.30 barula kami beredar balik. Selesai satu kisah kayuhan malam antarabangsa oleh GLC.


Ehsan kerja tgn kelolo-------for jomkayuh.com